PROGRAM GAPAI CEMERLANG 2011

            Seramai 27 orang pelajar cemerlang PMR, SPM dan STPM telah diberi anugerah sempena Program Gapai Cemerlang kerana memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan Setara IPA baru-baru ini. Syabas dan tahniah diucapkan.

ANUGERAH PERKHIDMATAN BILIK UBK CEMERLANG 2011



Alhamdulillah... Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua AJK UBK atas Anugerah Perkhidmatan Bilik UBK Cemerlang. Anugerah ini telah disampaikan oleh YB Datuk Hj Muhiddin Yusin, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dalam Majlis Perasmian Penutupan Seminar Guru Kaunseling Negeri Sabah pada 2 Oktober yang lalu. PK Pentadbiran, Ust Mohd Agus Salim telah mewakili Pengetua untuk menerima anugerah tersebut.

JOM MASUK U


          Seramai 32 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas telah mengikuti Program Lawatan ke Karnival Pengajian Tinggi Negara Kali ke-7 Jom Masuk U 2011. Karnival ini telah diadaan di Suria Sabah Kota Kinabalu. Semoga para pelajar yang mengikuti lawatan ke Karnival ini memperolehi info bermanfaat dan dapat membuat pilihan yang bijak selepas tamat persekolahan nanti. 

BENGKEL KECEMERLANGAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM DAN STPM






Calon-calon SPM dan STPM telah mengikuti Bengkel Kecemerlangan Teknik Menjawab Soalan yang dianjurkan oleh UBK dengan kerjasama AJK Kecemerlangan Sekolah. Bengkel ini telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu :

  1. Pada 6 hingga 8 September 2011 untuk matapelajaran Teras.
  2. Pada 26 hingga 29 September 2011 untuk matapelajaran Elektif.

Penceramah bengkel terdiri daripada guru berpengalaman dan guru cemerlang sekitar daerah Kota Kinabalu, Beaufort dan Papar. Semua calon SPM dan STPM sangat bersemangat sepanjang mengikuti bengkel tersebut.

Semoga ilmu yang diperolehi sepanjang bengkel dapat membantu calon SPM dan STPM mencapai keputusan yang cemerlang. Insya-Allah.

Pembinaan Blog Merekayasa perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

Assalamualaikum...

Sempena Pertandingan Pembinaan Blog Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Agama Limauan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Semoga, pembinaan Blog UBK SMK Agama Limauan boleh dijadikan medium penyampai maklumat khusus kepada warga SMK Agama Limauan dan yang seangkatan dengannya.